SELAMAT DATANG (WELCOME)

Blog ini merupakan Portal Carian Kerja Online yang menyiarkan iklan-iklan Jawatan kosong Kerajaan dan Swasta/Peluang-peluang pekerjaan /kerja separuh masa/maklumat kerja Kosong di Malaysia pada setiap hari dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Subscribe / Daftar

Untuk Sentiasa Mendapat Maklumat Terkini Mengenai Peluang Pekerja Yang Akan Dihantar Terus Ke Email Anda - Sila Daftar Sekarang

For Always Get Information About Employees Opportunity To Be Sent Via Email - Please Register/Subscribe Now

Enter your email address/Masukkan Email Anda:

Delivered by FeedBurner

PLEASE MAKE SURE TO "VERIFY" TO RECEIVE FREE VACANCIES INFO DIRECT TO YOUR EMAIL.

Petikan Ayat Al Quran

4023
{23} Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah An Nisaa

Hadith Hari Ini

Orang Yang Bankrap disisi Islam

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".

Followers

Jawatan Kosong (Kerajaan/B.Berkanun) 19-07-2010


_____________________________________________________________
______________________________________________________________

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP dan SEMENTARA di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (Bil. Kekosongan : 1)

i. Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred E41
P1T1 RM1693.06 - P1T27 RM4643.06
P2T1 RM1787.68 - P2T27 RM4921.33
P3T1 RM1886.48 - P3T27 RM5223.40

v. Syarat Kelayakan :

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi, Pengurusan Perniagaan dan pemasaran, Undang-undang, Perniagaan Tani atau dalam bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 13)
[Penempatan : Pantai Barat Sabah, Sarikei, Machang, Hilir Perak, Jengka dan Kuching]

i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Tetap dan Sementara
iv. Jadual Gaji : Gred Q27
P1T1 RM1207.58 - P1T26 RM3030.13
P2T1 RM1277.16 - P2T26 RM3216.28
P3T1 RM1349.76 - P3T26 RM3408.29

v. Syarat Kelayakan :

a) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Pertanian;

DAN b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus
ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI [Bil. Kekosongan : 2)

i. Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred E27
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

v. Syarat Kelayakan :

a) Diploma dalam bidang Pertanian, Pengurusan Perniagaan atau Perniagaan Tani yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN

b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. PEMBANTU PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 16)
[Penempatan : Bangi, Hilir Perak, Jengka, Machang, Kuching, Sarikei dan Tawau]

i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Tetap dan Sementara
iv. Jadual Gaji : Gred Q17
P1T1 RM823.40 - P1T24 RM2154.37
P2T1 RM874.83 - P2T24 RM2275.52
P3T1 RM927.77 - P3T24 RM2400.97

v. Syarat Kelayakan :

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
b) Sijil dalam bidang Pertanian atau Pengurusan Ladang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

c) Sijil Institut Pertanian (SIP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.DAN

d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan adalah diberi kepada calon lelaki yang mempunyai Kelulusan Sijil Institut Pertanian; dan
- Bagi pemohon yang hanya mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia, keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sains (tidak termasuk Subjek Sains Rumah tangga) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat-Syarat Permohonan pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan:

i) terdiri daripada warganegara Malaysia; dan
ii)hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2008 atau Tahun 2009, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.

Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-Calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Web Lembaga di alamat www.koko.gov.my atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-

i) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Sarawak
Lot 248, Blok 14, Daerah Muara Tuang,
Bahagian Samarahan, Beg Berkunci 3131
93450 Kuching
Tel : 082-465912 / 914

ii) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Hilir Perak
Peti Surat 30, Jalan Sungai Dulang
36307 Sungai Sumun, Perak
Tel : 05-6488176 / 224 / 178

iii) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Jengka
Jalan Jengka 23, Peti Surat 34
28000 Temerloh, Pahang
Tel : 09-4852782 / 892 / 953

iv) Lembaga Koko Malaysia
Unit Machang
Lot 2346, Kg. Pangkal Meleret
Jalan Machang Tanah Merah
18000 Machang, Kelantan
Tel : 09-9754239

v) Lembaga Koko Malaysia
Unit Ranau, W.D.T. 76, Jalan Lingkadau
89309 Ranau, Sabah
Tel : 088-876297

vi) Lembaga Koko Malaysia
Unit Tenom, W.D.T. 120, Lot 3, Jalan Datuk Hj. Yasin
89908 Tenom, Sabah
Tel : 087-735320

vii) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan Hiliran Koko
Lot 3, Jalan P/9B, Seksyen 13
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-89267800

viii) Lembaga Koko Malaysia
Pejabat Pengawalseliaan dan Kawalan Kualiti
No. 30 B&C, Tingkat 2, Jalan Batu Unjur 1, Taman Bayu Perdana
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-33243762 / 948

ix) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Tawau
Batu 10, Jalan Apas, Peti Surat 60237
91012 Tawau, Sabah
Tel : 089-915604

x) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko
Zon Komersial 1, Taman Perindustrian Kota Kinabalu Selatan, Jalan Norowot
88460 Taman Perindustrian Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088-489100 / 489111

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/SRP/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Jumaat, 23 Julai 2010 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5 & 6, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.


Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
**************************************************************
_____________________________________________________________

IKLAN JAWATAN FELDA TRAVEL SDN BHD

Felda Travel Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Felda Holdings Bhd yang menjalankanaktiviti pelancongan serta menguruskan beberapa pusat peranginan di negeri-negeri Pahang,Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Sabah. Sebagai usaha memperkembangkanperniagaannya, ia senantiasa membina pusat-pusat peranginan yang baru di lokasi-lokasimenarik. Sehubungan itu, Felda Travel Sdn Bhd mempunyai pelbagai kekosongan jawatan untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan yang berhasrat membina kerjaya dalam
bidang ini.

EKSEKUTIF FOOD & BEVERAGES(Hot Springs, Sungkai Perak)

Tanggungjawab
• mengetuai dan mengawalselia Jabatan ‘Food & Beverages’
• menyelaras tugasan Ketua Jabatan dan petugas dan memastikan kerja berjalan lancar
• menyediakan bajet tahunan jabatan F&B
• menyemak dan memantau perbelanjaan Jabatan F&B dan;
• bekerjasama dengan Executive Chef dalam urusan pembelian barangan F&B.

Kelayakan

• memiliki Ijazah dalam Pengurusan Hotel dari institusi penggajian tinggi yang diiktirafdengan 3 tahun pengalaman dalam bidang F&B
• fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
• mahir menggunakan komputer dan;
• mempunyai lesen memandu yang sah.

EKSEKUTIF HOUSEKEEPING
(Perak, Trolak)

Tanggungjawab

• mengawalselia jabatan housekeeping dan melaksanakan polisi hotel bagi mematuhi standardkualiti perkhidmatan
• memastikan perkhidmatan pelanggan dilaksana secara professional dan memastikankepuasan pelanggan berada pada tahap maksimum
• menjalankan pemeriksaan bilik, dormitori, dewan, kawasan awam dan memastikan tahapkebersihan pada tahap maksimum dan;
• memastikan keperluan pelanggan dan bekalan barangan housekeeping sentiasa mencukupi.

Kelayakan

• memiliki Ijazah dalam Pengurusan Hotel dari institusi penggajian tinggi yang diiktirafdengan 2-3 tahun pengalaman dalam urusan penyeliaan hotel
• berpengetahuan dalam hal-ehwal urusan housekeeping hotel, teliti dan menitikberatkankualiti serta berdaya maju
• mempunyai daya kepimpinan dan mampu berkomunikasi dengan baik
• berpengetahuan dalam program komputer dan;
• mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

EKSEKUTIF KEWANGAN
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• mengurus keseluruhan operasi kewangan serta mengawalselia proses dan fungsi perakaunanhotel
• menyediakan dan menganalisa laporan kewangan bulanan
• memastikan urusan kewangan adalah mematuhi standard perakaunan dan percukaian
• mengawalselia urusan tunai dan aset hotel
• menyedia dan melaksanakan polisi dan prosedur kewangan dalaman
• menyemak dan mengemaskini aspek kawalan dalaman
• berurusan dengan pihak ketiga (agen cukai, juruaudit, pihak bank dan agensi penguatkuasakewangan) dan;
• menyediakan belanjawan tahunan dan penutupan akaun tahunan

Kelayakan

• memiliki ijazah dalam bidang perakaunan/kewangan atau kelayakan professional dariinstitusi penggajian tinggi yang diiktiraf dan 2 – 3 tahun pengalaman dalam bidangperhotelan
• teliti, fokus dan analitikal serta mempunyai personaliti dan daya kepimpinan yang tinggi dan;
• berdedikasi dan mampu bekerja dengan pengawasan yang minimum.

EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan sumber manusia dan;
• menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan yang berkaitan dengannya.
Kelayakan
• memiliki Ijazah dalam bidang sumber manusia/pentadbiran perniagaan atau bidang berkaitandaripada institusi yang diiktiraf dan mempunyai 2 -3 tahun pengalaman dalam bidang yangberkaitan
• berpengetahuan dalam hal Undang-Undang Buruh dan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
• mempunyai personaliti yang baik serta mampu bekerja dalam pengawasan yang minimum
• mahir dalam penggunaan komputer dan;
• boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta mampuberinteraksi dengan semua petugas.

EKSEKUTIF KONTRAK DAN PEMBELIAN
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• menguruskan urusan kontrak dan pembelian barangan untuk hotel
• mengenalpasti dan memilih pembekal yang sesuai dan harga yang munasabah tanpamengabaikan aspek kualiti
• membantu dan meningkatkan prestasi bekalan barangan dan mengurangkan kelewatanpenghantaran dan;
• menyelaras hal-ehwal pengurusan bekalan di antara ketua jabatan dan pembekal.

Kelayakan

• memiliki Ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dari institusi penggajian tinggi yangdiiktiraf dan mempunyai 2 -3 tahun pengalaman dalam bidang sama dalam industriperhotelan
• mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
• boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
• berpengetahuan dalam hal-ehwal pembelian termasuk aspek kawalan kualiti barangan,pengurusan kontrak dan polisi pembelian
• mempunyai kemahiran perundingan yang baik dan;
• mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer

EKSEKUTIF ‘FRONT OFFICE’(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• bertanggungjawab atas urusan pentadbiran jabatan Front Office dan memastikan standarddan prosedur perhotelan dilaksanakan dengan sempurna
• menyelaras dan menyemak laporan pendapatan bilik dan mengawalselia sebarang perubahanharga bilik
• menyelaras maklumbalas pelanggan dan memastikan segala tindakan pembaikan dibuatdengan segera
• memastikan urusan kutipan tunai dijalankan dengan betul dan bekerjasana dengan unitkewangan dalam menguatkuasakan prosedur kewangan.
• menyediakan jadual bertugas petugas dengan tepat dan selari dengan kepadatan kadarpenginapan
• menyediakan laporan yang berkaitan, membantu penyediaan bajet dan memantau statistikuntung rugi hotel
• memantau kebersihan dan kekemasan di sekitar kawasan front office, front desk dan kawasanawam hotel.

Kelayakan

• memiliki ijazah dalam pengurus hotel atau pengurusan front Office dari institusi penggajiantinggi yang diiktiraf dan mempunyai 2 -3 tahun pengalaman dalam penyeliaan jabatan frontoffice
• mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
• mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
• mempunyai pengalaman dalam hal-ehwal ‘room forcasting’
• mempunyai personaliti dan penampilan yang menarik, bertanggungjawab dan sanggupbekerja syif dan;
• berpengetahuan berkaitan sistem IFCA adalah satu kelebihan.

EKSEKUTIF REKREASI
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab
• merancang, melaksana dan memantau semua aktiviti rekreasi dan bekerjasama dengan unit
operasi
• mengawalselia tugas dan memantau tahap kebersihan di kawasan kolam renang dan lain-lainkawasan rekreasi hotel
• memastikan interaksi yang baik di kalangan petugas dengan pelanggan dan mengambiltindakan segera atas apa-apa keperluan pelanggan
• bertanggungjawab terhadap urusan latihan kepada penyelia dan juga agihan tugas
• bertanggungjawab berkaitan hal-ehwal berkaitan rekreasi seperti diarahkan oleh pengurushotel

Kelayakan

• mempunyai ijazah dalam pengurusan rekreasi, sains sukan atau pengurusan pelancongandan mempunyai 2-3 tahun pengalaman dalam penyeliaan jabatan rekreasi
• mempunyai daya kepimpinan dan mampu berkomunikasi dengan baik
• fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Pengetahuan dalam lain-lain bahasa adalah satu kelebihan
• berpengetahuan dalam program komputer dan;
• mempunyai lesen pemandu pelancong adalah satu kelebihan

EKSEKUTIF SENGGARAAN (CHARGEMAN)
( Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• memastikan pengurusan kewangan jabatan kejuruteraan dikendalikan dengan sempurna
• merancang, melaksana dan mengurus program pengurusan bekalan tenaga
• memastikan petugas sentiasa memahami kepentingan pengurusan bekalan tenaga
• memastikan tindakan sokongan teknikal bagi memenuhi kehendak pelanggan
• memastikan semua peralatan mekanikal dan sistem elektrik diurus dengan efektif
• mengawalselia generator tinggu-sedia dan memastikan ianya beroperasi dengan baik bila diperlukan
• memastikan segala polisi dan peraturan elektrikal dipatuhi
• berurusan dengan agensi penguatkuasa tenaga seperti Suruhanjaya Tenaga

Kelayakan

• mempunyai Ijazah dan kejuruteraan elektrik kuasa atau mekanikal atau
memiliki sijil BO Chargeman dari Suruhanjaya Tenaga
• minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
• mempunyai daya kepimpinan dan mampu memimpin pasukan
• mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
• sanggup bertugas di luar waktu bertugas biasa termasuk hari minggu dan cuti umum dan;
• berpengetahuan dalam program komputer

EKSEKUTIF HOUSEKEEPING
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• mengawalselia jabatan housekeeping, membangun dan melaksana polisi hotel bagi mematuhistandard kualiti perkhidmatan
• memastikan perkhidmatan pelanggan dilaksana secara professional dan memastikan kepuasan pelanggan berada pada tahap maksimum
• menjalankan pemeriksaan bilik, dormitori, dewan dan kawasan awam secara tetap danberkala dan memastikan tahap kebersihan pada tahap maksimum
• memastikan keperluan pelanggan dan bekalan barangan housekeeping sentiasa mencukupi

Kelayakan

• mempunyai ijazah dalam pengurusan hotel dari institusi penggajian tinggi dan mempunyai 2-3 tahun pengalaman dalam urusan penyeliaan hotel
• berpengetahuan dalam hal-ehwal urusan housekeeping hotel
• teliti dan menitikberatkan kualiti serta berdaya maju
• mempunyai daya kepimpinan dan mampu berkomunikasi dengan baik
• berpengetahuan dalam program komputer dan;
• mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

KERANI AKAUN/SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN/ KONTRAK & PEMBELIAN
(Tg. Leman, JOHOR )

Kelayakan

• mempunyai diploma dalam pengurusan perniagaan/perakaunan/sumber manusia dari institusi penggajian tinggi
• lulus SPM dengan 3 kepujian termasuk matapelajaran Bahasa Malaysia dan matematik
• mempunyai Sijil LCCI adalah satu kelebihan bagi jawatan kerani akaun
• mahir menggunakan program komputer.

JURUTEKNIK
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• bertanggungjawab untuk kerja-kerja pembetulan, senggaraan dan baikpulih peralatan elektrikdan mekanikal hotel dan;
• boleh menjalankan kerja-kerja pemasangan dan penguraian peralatan mekanikal.

Kelayakan

• mempunyai diploma atau sijil juruteknik (mekanikal & elektrikal) dan lulus SPM dengan 3 kepujian termasuk subjek matematik, subjek teknikal dan bahasa malaysia
• minimum 2 tahun pengalaman dalam senggaraan bangunan dan kerja-kerja pembaikan dalam hotel
• berorientasikan pelanggan dengan kemahiran komunikasi yang baik
• matang dan mampu melaksanakan pelbagai tugas teknikal dan;
• fasih dalam Bahasa Malaysia, kebolehan dalam Bahasa Inggeris dan bahasa lain adalah satukelebihan dan;
• Berkebolehan menggunakan program komputer

PENYELIA JUALAN
(Tg. Leman)

Tanggungjawab

• menyelaras urusan sebutharga jualan bilik dan membuat susulan
• menjawab panggilan telefon/pertanyaan daripada pelanggan
• menyediakan kontrak jualan
• mengeluarkan ‘event order’, menyediakan invois ‘proforma’ dan menyelaraskanpengangkutan pelanggan yang memerlukan kenderaan dan;
• membantu dalam mengemaskinikan pangkalan data pelanggan

Kelayakan

• lulus diploma dalam bidang pemasaran/jualan atau yang berkaitan dari institusi penggajian tinggi
• mempunyai 2 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan
• fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan kebolehan dalam bahasa lain adalah satu kelebihan
• kerja berpasukan, proaktif dan bermotivasi tinggi dan;
• mahir menggunakan komputer (pengetahuan sistem IFCA adalah satu kelebihan)

PENYELIA SENGGARAAN
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• membuat pemeriksaan harian semua harta dan peralatan hotel
• menyelaras pembaikan dan senggaraan melibatkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal,pertukangan, sistem paip air, kumbahan dan sebagainya
• memastikan peralatan jentera berfungsi dan bekerjasama dengan semua petugas hotel bagimemastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.
• mengemaskinikan senarai peralatan dan alat ganti setiap minggu dan;
• memastikan semua peraturan keselamatan bagi penggunaan peralatan dipatuhi.

Kelayakan

• mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal/ elektrikal dan sijil AO
• mempunyai 1-2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
• mampu menjalankan pelbagai tugasan, boleh menghadapai tekanan kerja dan mematuhi‘deadline’
• cekap dalam menyelesaikan masalah, mempunyai komunikasi yang baik dan boleh bekerjaberpasukan
• bersedia betugas lebih masa jika diperlukan
• mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan memahami Bahasa Inggerisdan;
• mampu mengendalikan program komputer

PENYELIA REKREASI
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• mengawalselia kawasan rekreasi dan kolam renang hotel
• menjalankan pemeriksaan rutin dan memastikan kemudahan dan peralatan di kawasanrekreasi berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan
• membantu Ketua Jabatan dalam menyelaras tugas-tugas harian Jabatan Rekreasi dan;
• membantu dalam penyediaan rekod dan laporan bulanan jabatan

Kelayakan

• lulus SPM dengan 3 kepujian termasuk matematik dan Bahasa Malaysia
• mempunyai 1-2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
• boleh berenang dan sanggup bertugas sebagai penyelenggara kolam renang, pengetahuandalam bidang pertolongan cemas adalah satu kelebihan
• boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
• boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, pengetahuan dalambahasa lain adalah satu kelebihan dan;
• boleh mengendalikan program komputer

PENYELIA FRONT OFFICE
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab

• menyelia tugas-tugas bahagian ‘Front Desk’
• membantu dalam urusan melibatkan pelanggan seperti daftar masuk dan daftar keluar
• membantu urusan perkhidmatan ‘concierge’
• membantu menyediakan program latihan bersama ketua jabatan untuk petugas ‘front office’dan melaksanakannya dan;
• membina hubungan yang baik di kalangan petugas, pelanggan dan pengurusan

Kelayakan

• memiliki diploma/sijil pengurusan hotel dari institusi penggajian tinggi
• minimum 2 tahun pengalaman dalam tugas-tugas penyeliaan ‘front office’
• kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan mempunyai penampilan yang menarik
• mempunyai sikap yang positif, boleh bertugas dengan penyeliaan minimum, tahan dengan tekanan kerja dan sanggup bekerja pada hujung minggu atau cuti umum dan
• boleh mengendalikan program komputer

PENYELIA HOUSEKEEPING
(Tg. Leman, Johor)

Tanggungjawab:

• membantu Eksekutif Housekeeping dalam tugas-tugas harian jabatan housekeeping
• memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh petugas vendor pembersihan mematuhi standarddan prosedur yang ditetapkan
• menyediakan laporan mingguan kebersihan dan melaporkan isu-isu berkaitan kebersihan dan kekemasan kepada Eksekutif Housekeeping dan;
• memastikan kerja-kerja yang dijalankan adalah mematuhi peraturan keselamatan serta semuapolisi dan tatacara kerja diikuti.

Kelayakan

• Diploma/Sijil dalam bidang pengurusan housekeeping
• minimum SPM dengan 3 kepujian termasuk subjek Bahasa Malaysia dan minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
• Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta penampilan yang menarik
• mahir menggunakan komputer dan fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia dan BahasaInggeris dan;
• mempunyai sikap yang positif, boleh bertugas dengan penyeliaan minimum serta tahandengan tekanan kerja dan sanggup bekerja pada hujung minggu atau cuti umum.

JAWATAN-JAWATAN AM
(Tg. Leman, Johor)

1. PEMBANTU AM
( Pengemas Bilik, Pencuci AM & Attendan Linen - 10 Kekosongan)

Tanggungjawab

• Pengemas bilik : membersih dan menjaga kekemasan bilik
• Pencuci am: membersih dan menjaga kebersihan public area dan tandas dan;
• Attendan linen: mengurus kain-kain linen bersih dan kotor dan berurusan dengan vendorpencuci linen

2. PENYAMBUT TETAMU
(7 kekosongan)

Tanggungjawab

• bertanggungjawab terhadap kerja-kerja ‘front desk’ dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan
• membantu Ketua Jabatan Front Office dalam melaksanakan objektif, visi dan misi hotel dalam mencapai standard kualiti yang ditetapkan
• mengendalikan daftar masuk dan daftar keluar pelanggan
• menyambut pelanggan hotel, mengendalikan permintaan pelanggan dan menjawab panggilan telefon
• memastikan maklumat pelanggan dimasukkan dalam komputer dengan cepat dan tepat termasuk maklumat mengenai apa yang disukai/tidak disukai pelanggan dan;
• menjelaskan kepada pelanggan tentang aktiviti hotel dan juga menerangkan susunatur hotel kepada pelanggan
3. PEMBANTU REKREASI
(3 kekosongan)

Tanggungjawab

• menyenggara peralatan rekreasi
• memastikan peralatan dan kemudahan rekreasi selamat digunakan dan berkeadaan baik dan;
• membantu aktiviti harian rekreasi

4. ATENDAN KOLAM RENANG
(2 kekosongan)

Tanggungjawab

• memantau kolam renang dan memberi khidmat kepada pelanggan yang menggunakan kolam renang
• memantau tahap kebersihan kolam renang
• memastikan keselamatan pengunjung yang menggunakan kolam renang dan memberikan pertolongan cemas jika berlaku kemalangan dan;
• tugas-tugas lain berkaitan rekreasi di kawasan kolam renang

5. TUKANG KEBUN
(3 kekosongan)

Tanggungjawab

• menjaga kebersihan lanskap dan kawasan taman, tempat letak kenderaan dan kawasan awam
• memotong/mencantas rumput di kawasan laman hotel
• menanam pokok di kawasan taman
• menyapu sampah di kawasan taman dan luaran hotel
• mencuci laluan pejalan kaki
• mengalih segala sampah dan sisa pokok/rumput dari kawasan laman hotel
• memotong/mencantas dahan dan daun pokok dan;
• lain-lain tugas perkebunan yang diarahkan oleh penyelia

6. BELLMAN
(3 kekosongan)

Tanggungjawab

• Menyambut tetamu dan mengiringi tetamu ke bilik hotel
• Membuka pintu hotel and mengiringi tetamu ke kaunter pendaftaran
• Memaklumkan pelanggan berkaitan maklumat hotel seperti perkhidmatan yang
disediakan, waktu operasi, kawasan sekitar yang menarik dan lain-lain aktiviti
• Menerangkan fasiliti bilik kepada tetamu
• Mengangkut beg/barangan tetamu dari dan ke kenderaan termasuk membantu tetamumemasukkannya dalam kenderaan dan;
• Membantu menunjuk arah kepada tetamuKelayakan (untuk semua Jawatan-jawatan Am No.1 - 6)
• lulus SPM/PMR
• boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia (percakapan dan tulisan)
• boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris (percakapan dan tulisan) untukReceptionist dan Pembantu Rekreasi
• mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, bersikap positif serta berpewatakan kemasdan menarik dan boleh bertugas secara syif
• pengetahuan dalam sistem IFCA adalah satu kelebihan (bagi Receptionist)
• boleh berenang dan berpengetahuan dalam pertolongan cemas (bagi Pembantu KolamRenang) dan;
• pengalaman kerja dalam industri hotel adalah satu kelebihan

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyatakankelayakan, pengalaman kerja berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport (t.d.) tidaklewat daripada 13 Ogos 2010 kepada:

PENGURUS KANAN
BAHAGIAN STAFFING & PERHUBUNGAN UNIVERSITI
FELDA HOLDINGS BHD, TINGKAT 9, BALAI FELDA
JALAN GURNEY SATU
54000 KUALA LUMPUR

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga
_____________________________________________________________

IKLAN JAWATAN KUMPULAN SYARIKAT FELDA

Kumpulan Syarikat Felda merupakan organisasi yang menguruskan perladangan yang terbesar di dunia. Misi Koporat kami adalah untuk menjadi penyumbang terbesar dalam pengeluaran minyak sawit dan industri getah, terutamanya dalam sektor perladangan, perkilangan dan aktiviti hiliran sawit.
Sejajar dengan pengembangan perniagaan Kumpulan Syarikat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan dinamik untuk menyertai Kumpulan Syarikat kami dan membangun bersama-sama kami. Kekosongan jawatan untuk ditempatkan di Felda Prodata Systems Sdn Bhd adalah seperti berikut:-

EKSEKUTIF PEMASARAN

RINGKASAN KERJA

Bertanggungjawab untuk mencapai pendapatan, keuntungan tahunan dan kepuasan pelanggan dari sektor perniagaan pelanggan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

KELAYAKAN

• Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari institusipengajian tinggi yang diiktiraf
• Berpengetahuan luas dalam bidang teknologi maklumat (IT)
• Mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran dan pembangunan
perniagaan
• Memiliki kemahiran komunikasi yang baik serta fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (Penulisan & Percakapan)
• Calon-calon mestilah warganegara Malaysia

Calon yang berminat adalah dipelawa memohon dengan menyatakan nama jawatan yangdipohon dan mengemukakan resume lengkap mengenai kelayakan akademik, pengalaman kerja(sekiranya ada), gaji sekarang dan dipohon serta menyertakan gambar terbaru berukuran pasport (t.d) tidak lewat daripada 23 Julai 2010 ke alamat di bawah:

Pengurus Kanan
Pengambilan & Perhubungan Universiti
Felda Holdings Bhd
Tingkat 9, Balai Felda
Jalan Gurney Satu
54000 Kuala Lumpur


*Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
_____________________________________________________________

IKLAN JAWATAN KOSONG FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING SDN BHD

Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global) spearheads the Felda Group’s business transformation into an integrated, multinational corporation, focusing on the agri-business sector. It owns some 90 active companies undertaking diverse activities such as multi-crop plantations, oils & fats, oleochemicals, logistics and services. With operations in the USA,Canada, China, Australia and the Middle East, Felda Global aims to extend its reach by undertaking investments, acquisitions and strategic collaborations across the upstream and downstream value chain.
As part of our global expansion, we are seeking highly talented individuals to help us achieveFelda Global’s objective of becoming a global player in the agri-business sector.

MANAGER / SENIOR MANAGER GROUP LEGAL & SECRETARIAL
(reporting to the Group Chief Counsel)

JOB DESCRIPTIONS:

• ensure that the Group complies with all relevant laws and regulatory requirements bothlocally and internationally
• manage and peruse commercial and legal documents such as joint venture agreements,
share sale and purchase agreements and contracts
• advice the management and directors of the Group with regards to legal issues
• lead and supervise the preparation of periodic and ad-hoc legal reports to directors and senior management of the Group
• establish, review and update internal rules, policies and guidelines pertaining legal and
secretarial matters to meet best practices and industry standards
• represent the Group in all legal matters such as industrial relations matters, settlement
of legal cases, etc., as and when required
• develop and monitor a sound and comprehensive intellectual property system for the Group including resolving intellectual property issues relating to the Group’s business
activities, and
• liaise with overseas lawyers and/or representatives pertaining to the legal issues and requirements of all projects undertaken by the Group.

REQUIREMENTS:

• a Bachelor’s Degree in Law from a renowned university
• admission to the Malaysian Bar or other similar recognized professional legalqualification
• minimum of 10 years relevant experience with at least 5 years doing in-house corporatelegal
• possess strong communications and analytical skills with excellent command of written and oral English and Bahasa Malaysia
• exposure in a listed corporation, working knowledge of Bursa Malaysia and listingrequirements would be an advantage
• mature, resourceful, independent and able to work in a fast-paced and challenging environment
• result oriented, organized with good follow-up skills and able to manage deadlines
• possess an eye for continuous improvement and quality, and
• must be willing to travel.

CLERK (S)

JOB DESCRIPTIONS:

• attending to the day-to-day clerical duties including preparing simple documents and letters, filing of documents, dispatching (if required) and other administrative functions within the division, and
• assist the manager and executives in coordinating and handling projects undertaken by the division

REQUIREMENTS:

• at least a Certificate (or equivalent) qualifications
• experience working in a legal and secretarial department and/or finance department is an advantage
• possess positive working attitude and good communication skill, and
• hardworking, resourceful and willing to work long hours to meet deadlines. Interested candidates please send your application (please state position applied for) with a comprehensive CV, copies of academic certificates (degree, professional etc), copy of NRIC and
a latest passport size photograph (non-returnable) by/before 15 July 2010 to:

Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd
Human Resource Department
9th Floor, Balai Felda, Jalan Gurney Satu, 54000 Kuala Lumpur

feldaglobal.hr@felda.net.my

(only shortlisted candidates will be notified)
_______________________________________________________________

IKLAN JAWATAN KOSONG FELDA PALM INDUSTRIES SDN BHD

Sejajar dengan pengembangan perniagaan Kumpulan Syarikat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan dinamik untuk menyertai Kumpulan Syarikat kami dan membangun bersama-sama kami. Kekosongan jawatan untuk ditempatkan di Felda Palm Industries Sdn Bhd adalah seperti berikut:-

KADET JURUTERA KILANG

KELAYAKAN

• Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Kimia dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
• Memiliki kemahiran komunikasi yang baik serta fasih berbahasa Inggeris dan BahasaMalaysia (Penulisan & Percakapan).
• Lepasan Ijazah adalah digalakkan memohon.
• Minat bekerja di Kilang Kelapa Sawit diseluruh Malaysia.
• Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
Calon yang berminat adalah dipelawa memohon dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon dan mengemukakan resume lengkap mengenai kelayakan akademik, pengalaman kerja(sekiranya ada), gaji sekarang dan dipohon serta menyertakan gambar terbaru berukuran pasport (t.d) tidak lewat daripada 23 Julai 2010 ke alamat di bawah:

Pengurus Kanan
Pengambilan & Perhubungan Universiti
Felda Holdings Bhd
Tingkat 9, Balai Felda
Jalan Gurney Satu
54000 Kuala Lumpur


*Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
____________________________________________________________

IKLAN JAWATAN KOSONG FPM SDN BHD

FPM Sdn Bhd, a Felda Holdings subsidiary in the business of Granulated Compound Fertilizer manufacturing located in Pasir Gudang have the following vacancies:

MARKETING AND SALES EXECUTIVE
(Pasir Gudang Johor)

QUALIFICATION

• Degree in Agriculture or Business Administration and related discipline with 3 to
5 years experience.
• Have basic knowledge in Fertilizer and Agriculture industries.
• Computer literate with excellent in English & Bahasa Malaysia (Oral & written).
• Possess own transport.
Interested applicants please send a comprehensive CV including current and expected salaries with passport sized photograph (n.r) by 2 August 2010.

SENIOR MANAGER
HUMAN RESOURCE & ADMINISTRATION
FPM SDN BHD
LOT 115, JOHOR PORT AUTHORITY AREA
P.BOX 29
81707 PASIR GUDANG
JOHOR
TEL: 07-2512801
e.mail: lasim@fpm.com.my
Only short listed candidates will be notified


*************************************************************
*************************************************************

Custom Search

Blog Archive Jawatan Kosong

Disclaimers

Portal Carian kerja online - menyiarkan iklan-iklan jawatan kosong kerajaan dan swasta sepenuh masa/separuh masa di Malaysia- dikemaskini setiap hari.
Online job search portal - posting vacancy advertisements and private full time / part-time in Malaysia and is updated daily.

Getkerja2u.com assumes no responsibility for any consequence relating directly or indirectly to any action or inaction you take based on the Contents, information, services or other material on this site. While Getkerja2u.com/strives to keep the information on this site accurate, complete, and up-to-date, Getkerja2u.com/ and its suppliers and contributors cannot guarantee, and will not be responsible for any damage or loss related to, the accuracy, completeness or timeliness of the information.

Kesemua maklumat yang disiarkan adalah bertujuan membantu anda semua dalam mencari jawatan kosong di dalam sektor awam dan swasta, blog ini adalah di atas inisiatif kami sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana jabatan atau syarikat, kami tidak menjamin ketepatan atau kesilapan maklumat yang disiarkan. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian apabila menggunakan maklumat di dalam blog ini.