Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah
agensi yang mempunyai autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab dalam pembangunan dan
pengurusan sistem harta intelek seperti perlindungan paten, cap dagangan, reka
bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia. Misi
kami ialah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem
pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan ekploitasi harta intelek
(HI). Seiring dengan pembangunan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara
Malaysia yang berkelayakan dan berorientasikan penghasilan kerja bagi mengisi
kekosongan jawatan berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur dan Pejabat
Cawangan di Zon Selatan (Johor Bahru), Zon Timur (Kuantan) dan Zon Utara (Pulau
Pinang).
1.
PEGAWAI PENDAFTARAN & PENTADBIRAN - 6
kekosongan (kontrak)
2.
PEMBANTU PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN
(PERKERANIAN /OPERASI)
-3 kekosongan di Cawangan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 26 JULAI 2012
UNTUK MAKLUMAT LANJUT/IKLAN PENUH SILA KLIK DI SINI