Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti berikut:
1) PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41 (KONTRAK/TETAP)
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) (i) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau
penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
(ii) Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan
1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti
perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis
Perubatan Malaysia.
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
2) PEGAWAI PERTANIAN GRED G41 (KONTRAK/TETAP)
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian atau Sains Hortikultur yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia atau
biokimia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
3) JURUTERA AWAM GRED J41 (KONTRAK/TETAP)
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya;
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
4) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 (KONTRAK/TETAP)
SYARAT LANTIKAN
(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar
dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
5) PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 (KONTRAK/TETAP)
SYARAT LANTIKAN
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note
taking) dengan kelulusan 20 p.s.m daripada rencana dan menaip salinan
trengkas sederas 15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan menggunakan
komputer).
dan (b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
6) PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 (KONTRAK)
SYARAT LANTIKAN
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
dan (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 DISEMBER 2013
UNTUK MAKLUMAT LANJUT/IKLAN PENUH SILA KLIK DI SINI